assalammualaikum & hi i'm athirah.i'm 16 y/o.stay in JB.proud to be Malaysian!please respect me & i will respect u.add me on FB.follow me on twitter & blog for sure i will follow u back!BYE!

Monday 8 October 2012

SEBUAH KENYATAAN

assalammualaikum ....
hari ni mood agak berbeza . hari-hari yang mendatang pun ada je benda yang berlaku . dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar tahun dua kosong satu dua ni semakin menemui titik noktahnya . titik hujungnya . pejam celik pejam celik aku akan genap enam belas tahun . pantas betul masa berlari  . dan aku terasa bagaikan aku yang merangkak mengejar masa bukan masa yang mengejar aku . mahu kata aku rugi , mungkin . tapi daripada semua ini aku semakin kenal siapa aku . aku kuatkah ? aku tabahkah ? aku mampukah ? semuanya semakin menemui jawapan . tetapi jawapan yang pasti semakin jauh rasanya . mungkin ? terlalu banyak persoalan yang bermain di minda . siapa tahu kan ? semua kehendak yang maha kuasa . aku ini hanya makhluk ciptaanya yang diberi kesempatan menumpang di buminya . tidak setiap saat , minit dan jam aku gembira mengukir senyuman . kadangkala air mata jualah menjadi peneman . perasaan sayang memang aku inginkan . tapi bila sakitnya datang aku memang tak termampu untuk menahan . apabila harapan telah aku pahatkan di puncak tertinggi , tiba-tiba ianya patah dan menyembah bumi . ya , seperti aku . aku sedang sakit kerana harapan itu . aku sakit sampaikan aku bagaikan tidak mampu bangkit daripada terus tersungkur . aku termenung dan air mata mula berdegil untuk mengalir . aku tertanya-tanya kenapa semua ini terjadi pada aku . kenapa tidak pada orang lain . mungkin yang maha esa yakin aku kuat walaupun aku terasa lemah . aku perlu kuatkan diri aku dan tabahkan hati . aku harus bangkit dari segala-galanya . mungkin melupakannya adalah cara terbaik . tapi , mengapa sakit dan susah sangat untuk aku berbuat demikian ? kenapa ??? aku bagaikan keseorangan tanpa dia . tapi dia sendiri telah pergi jauh dari aku dan dia telah tinggalkan aku ... ya , dia telah tinggalkan aku . ayat ini berulang kali bermain dan meniti di bibir ini . dan aku masih di belakangnya menanti sebuah jawapan yang telah aku ketahui . terlalu sakit menghadapi kenyataan . namun segalanya telah tertulis . aku bukan untuknya . assalammualaikum ...

No comments:

Post a Comment

celoteh kau