assalammualaikum & hi i'm athirah.i'm 16 y/o.stay in JB.proud to be Malaysian!please respect me & i will respect u.add me on FB.follow me on twitter & blog for sure i will follow u back!BYE!

Saturday 9 June 2012

CERITA KU SENDIRI ...


sesedap mana pun makanan yang ada di dunia ini sudah pasti air tangan ibu menjadi pilihan utama . fast food bersepah di sana sini . tetapi air tangan seorang ibu sudah pasti sering menerpa tatkala menikmati apa jua hidangan .  seperti terdapat kepuasan pabila mendapat apa yang dimahukan . fikiran berserabut , hampir gila hilang sekelip mata seperti satu petikan jari hanya kerana dapat menikmati air tangan seorang ibu . hebat *bertepuk tangan* . namun hati menjadi sayu di kala mengenangkan orang lain tiada berpunya ibu . sebatang kara di dunia . berusaha menempuh ranjau dan liku-liku kehidupan yang adakalanya berduri di sana sini sendirian . melimpah air jernih ini di pipi dengan deras seperti tiada nokhtah nya tetapi pada masa yang sama kesyukuran di panjatkan ke hadrat-Nya kerana aku tiada bersendirian . punya ibu dan bapa menemani setiap saat hidupku di dunia . punya tempat bergantung tatkala dunia terasa suram tiada berteman . sayang nya tiada yang kekal abadi melainkan Nya , pencipta yang maha agung . setiap satu nya  pasti akan menempuh alam barzakh . hanya berharap dengan amalan yang cukup akan bertemu di jannah nanti bukan di jahanam . tinggi menggunung harapan itu . menyusun sepuluh jari , merapatkan dua belah tangan setiap lima kali sehari ke hadrat-Nya . tajuk nya lain kandungan nya lain . tajuk nya perihal makanan isinya bercampur-baur . sudah lari tujuan penulisan yang ingin aku coretkan kali ini . sekian . assalammualaikum pengundur bicara .

No comments:

Post a Comment

celoteh kau